top of page
kthinesh

GURU BELUM SEDIA DIVAKSIN BERI KESAN KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, ketidaksediaan segelintir guru menerima suntikan vaksin sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran bersemuka. Walaupun hanya lebih kurang 2,000 orang guru sahaja daripada 415,000 guru di Malaysia belum bersedia menerima vaksin, hal ini tetap memberikan kesan terhadap pentadbiran dan pengurusan sekolah.


Jumlah itu terlalu kecil, tetapi sebab ada sekolah yang guru tak mahu divaksin ini kadang-kadang mengajar subjek yang sama, jadi bagaimana nak mengajar”. Ada juga guru yang tidak ingin divaksin ini satu-satunya yang mengajar subjek tertentu membuatkan ketiadaan guru untuk mengajar subjek tersebut di sekolah.


Jabatan Perkhidmatan Awam mewajibkan penjawat awam menerima vaksin sebelum 1 November ini. Kata Datuk Dr Radzi Jidin lagi, tindakan untuk mengasingkan guru yang tidak divaksin lagi ke tempat lain bukanlah satu ugutan malahan ia melibatkan urusan pentadbiran.


Kementerian Pendidikan masih meneliti cadangan menukar permulaan sesi persekolahan daripada Januari kepada Mac dengan menjadikan sesi tahun hadpan sebagai panduan. Jelasnya, kementerian turut mengambil kira libat urus bersama pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan guru yang memberi maklum balas positif termasuk berkaitan pengurusan peperiksaan ketika musim tengkujuh di beberapa negeri.




56 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page