top of page

Tiada “mood” nak pergi sekolah? Ini adalah cara persediaan ke sekolah!


Pelajar berpakaian seragam berwarna-warni duduk di dewan sekolah, mengangkat tangan. Latar belakang ada bendera Selangor. Suasana ceria.

Hi semua!


Pagi yang produktif bermula dengan persediaan yang baik. Cara kita memulakan hari boleh memberi kesan besar terhadap mood, tenaga, dan prestasi sepanjang hari. Namun, ramai pelajar yang sering berdepan dengan pagi yang kelam-kabut, menyebabkan tekanan dan kurang fokus.


Kami akan kongsikan 3 tips persediaan pagi yang berkesan supaya anda dapat memulakan hari dengan lebih teratur.


Tiada “mood” nak pergi sekolah? Ini adalah cara persediaan ke sekolah! 😊


1.  Bangun awal

Bangun awal adalah kunci untuk memulakan hari dengan tenang dan teratur. Jika anda sering mengalami kesukaran untuk bangun pagi, Cuba amalkan tips berikut:


  • Pastikan tidur sekurang-kurangnya 7-9 jam setiap malam untuk memastikan badan cukup rehat.

  • Elakkan bermain telefon atau menonton TV sebelum tidur kerana cahaya skrin boleh mengganggu tidur.


A smiling person lies under a white blanket, holding a book over their head playfully. Soft background lighting creates a cozy, joyful mood.
Credit: Freepik

2.  Sarapan seimbang

Sarapan adalah makanan paling penting untuk memulakan hari dengan tenaga dan fokus. Tanpa sarapan, pelajar mungkin berasa letih, kurang tumpuan, dan mudah mengantuk di dalam kelas.


Sarapan seimbang harus mengandungi gabungan karbohidrat, protein, serat, dan vitamin untuk memastikan tenaga berkekalan sepanjang pagi. Contoh makanan sihat termasuk:


Karbohidrat: Roti gandum, bijirin penuh, nasi, atau oat untuk tenaga.

Protein: Telur, susu, yogurt, keju, atau mentega kacang untuk otot yang kuat.

Serat: Buah-buahan, sayur-sayuran, atau bijirin untuk penghadaman yang baik.

Lemak sihat: Kekacang atau minyak zaitun dalam makanan untuk membantu penyerapan nutrien.


Child smiling at a table with a plate of food, including broccoli, corn, and eggs. Glass of water nearby. Bright and cheerful kitchen.
Credit : RRI.co.id

3.  Pakaian dan peralatan sekolah

Persediaan pakaian dan peralatan sekolah yang teratur dapat membantu pelajar mengelakkan kekalutan pada waktu pagi dan memastikan mereka sentiasa bersedia untuk belajar dengan selesa. Berikut adalah tips yang boleh diamalkan:


  • Pastikan pakaian sekolah dicuci, diseterika, dan digantung dengan kemas supaya tidak berkedut.


  • Susun buku mengikut jadual waktu supaya tidak membawa buku yang tidak diperlukan.


  • Letakkan kasut di tempat yang tetap supaya mudah dicari pada waktu pagi.


Shelves with labeled folders and baskets hold books and supplies. Letters MHC atop. Backpacks in a cabinet. Bright, organized room.
Credit : Sirap Limau

Kesimpulan


Persediaan pagi yang baik bukan sahaja membantu mengelakkan kekalutan, tetapi juga memastikan hari bermula dengan lebih lancar dan positif. Dengan mengamalkan rutin yang teratur seperti menyediakan pakaian dan peralatan sekolah lebih awal, mendapatkan tidur yang mencukupi, serta menikmati sarapan yang berkhasiat, pelajar dapat memulakan hari dengan lebih bersemangat dan fokus.


Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda membentuk tabiat pagi yang lebih produktif dan menyeronokkan. Ingat, pagi yang baik membawa kepada hari yang cemerlang!


Jangan lupa untuk share artikel ini kepada mereka yang memerlukan, selamat mencuba dan semoga berjaya! 😊🌞

283 views0 comments

Kommentare


MindAppz Headquarters

Unit 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Phone: +603-7954 9196

 

 

E-Mail: support@mindappz.com

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • YouTube

© Copyright 2022 mindappz.com All Rights Reserved

bottom of page