Adik-adik excited tak kembali ke sekolah? Sudah lama kan tak jumpa cikgu dan kawan-kawan?! Seperti yang diumumkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, pembukaan sekolah bermula pada 3 dan 4 Oktober bagi negeri dalam Fasa 2 dan ke atas di bawah Pemulihan Negara (PPN) khusus bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Excited, excited juga tapi jangan lupa amalkan SOP yang ditetapkan!
Peringatan untuk adik-adik yang bakal memulakan sesi persekolahan, langkah-langkah dibawah perlu dititikberatkan 👌🏻
1. Jaga penjarakkan sosial
Pastikan adik-adik berada dalam jarak 1 meter antara satu sama lain dan elakkan berada di tempat crowded! Bagi mengelakkan makan beramai-ramai di kantin, lebih baik adik-adik bawa bekal dari rumah. Dalam masa yang sama dapat jimat duit!
2. Pakai face mask
Pemakaian penutup mulut dan hidung (face mask) sangat penting sebagai langkah awal membendung wabak Covid-19. Jangan lupa untuk bawa extra face mask just in case tau!
3. Jaga kebersihan diri
Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan elakkan bersalaman. Adik-adik juga perlu sediakan hand sanitizer atau basuh tangan dengan kerap.
4. Tidak perlu ke sekolah sekiranya bergejala
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebelum ke sekolah, pastikan diri dalam keadaan sihat dan suhu tidak melebihi 37.5 darjah Celsius. Sekiranya adik-adik demam, selsema dan batuk, tidak perlu datang ke sekolah.
Selamat kembali menjalani sesi persekolahan 😊 Selepas pulang dari sekolah jangan lupa mengulangkaji bersama E-Tuition!
Comentarios