Adik-adik jenis yang study macam mana? Study last minute atau students yang selalu buat preparation awal? Sebaiknya, elakkan untuk study di akhir-akhir waktu tau. Jadi, macam mana nak study secara efektif? Orang kata “study smart not study hard”.
Hari ni kita nak kongsikan effective study hacks untuk adik-adik di luar sana. Semua students tak kira yang bakal menduduki exam besar atau tidak, boleh mengamalkan teknik ini 👌🏻
1. Ulangkaji awal sebelum kelas 📝
Persediaan awal sebelum kelas sangat membantu. At least, student akan tahu topik dan sub-topik apa yang bakal cikgu ajar dalam kelas. Lebih mudah untuk faham kalau kita dah prepare awal-awal. Student juga akan menjadi lebih aktif dalam kelas dan taklah mengantuk! 🥱Kalau cikgu tanya soalan, confirm dapat jawab sebab kita dah baca terlebih dahulu sebelum kelas.
2. Bertanya sekiranya tidak faham 🙋🏻♂️
Ini sangat penting bagi students. Malu bertanya sesat jalan. Kalau adik-adik tak faham dengan sesuatu topik, jangan malu bertanya kepada cikgu atau rakan 👩🏻🏫Jangan duduk diam dan sampai bila-bila tidak cakna. Dapatkan penjelasan, bantuan atau penerangan daripada mereka. Kalau dah faham sesuatu, kan senang nak score dalam peperiksaan! 😉
3. Study buddy 👩🏻🤝👩🏼
Sesetengah pelajar merasakan mempunyai study buddy sangat membantu. Lebih-lebih lagi untuk berkongsi nota, tips dan bertanyakan soalan. Cari satu study buddy untuk adik-adik belajar bersama. Melalui perbincangan bersama buddy dapat luaskan lagi ilmu dan pengetahuan adik-adik. Bagi mereka yang suka belajar bersendirian, dapatkan bantuan daripada guru sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk memahami sesuatu.
4. Bahagikan masa sebaiknya 🕰️
Sudah tiba masanya adik-adik sediakan jadual belajar sendiri. Bahagikan masa untuk ulangkaji dan membuat latihan. Perlu ingat, jangan crampkan satu subjek dalam satu masa. Break things down and do it at your own pace until you clearly understand it 👍🏻 Bercakap mengenai jadual, jangan setiap masa belajar sahaja. Pastikan adik-adik ada waktu untuk bermain dan lepaskan tekanan. Nak tahu tak setiap hari Khamis, E-Tuition ada buat live SISTER'S BATTLE? Kak Jia dan Kak Piqa ada sediakan game Kahoot untuk adik-adik. Boleh dapat reward pulak tu setiap minggu! Jangan lupa join live E-Tuition tau!
5. Elakkan gangguan sewaktu belajar 📵
Siapa yang selalu terganggu dengan telefon semasa belajar? Belajar 10 minit, scroll Twitter dan Instagram satu jam? 🤣 Cuba untuk kurangkan bermain telefon sewaktu mengulangkaji dan berikan fokus sepenuhnya terhadap pembelajaran. Mungkin susah untuk adik-adik lakukan perkara ini. Mari mulakan dengan meletakkan telefon jauh daripada adik-adik sewaktu belajar. Lama-kelamaan adik-adik akan terbiasa. Fighting! 💪🏻
6.Sediakan nota ringkas atau flash card 📋
Sambil mengulangkaji, adik-adik juga disarankan untuk membuat nota sendiri. Gunakan ayat dan perkataan yang mudah difahami. Keluarkan keywords bagi memudahkan adik-adik untuk menghafal isi penting. Jadikan nota sebagai sesuatu pembacaan yang mudah dan ringkas serta menarik! Penggunaan flash card juga dapat meningkatkan memori adik-adik. Letakkan konsep, vocabulary atau isi penting. Mudah juga untuk adik-adik selak sebab flash card bersaiz kecil dan mudah dibawa 💯
Lain orang, lain caranya. Mungkin korang ada tips belajar yang lain untuk kongsikan dengan kawan-kawan. Kalau ada, drop je dekat ruangan comment. Mana tahu sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan! Cuba amalkan teknik yang kami kongsikan ini. Selamat maju jaya!
Ikuti media sosial dan blog MindAppz sebab kami akan kongsikan banyak lagi tips untuk student 😉
Facebook MindAppz: @MindAppzOfficial
Facebook E-Tuition: @ETuitionOfficial
Instagram MindAppz: @mindappzmy
Instagram E-Tuition: @etuition_official
Tiktok MindAppz: @mindappz.tiktok
Comments