MindAppz Virtual Kolam Contest berlangsung dengan sangat meriah! Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai serta ibu bapa yang memberi sokongan yang sangat hebat kepada anak-anak mereka. Pertandingan ini dijalankan menggunakan platform Zoom pada 19 November yang lalu. Semua peserta membuat persediaan lengkap dengan bahan-bahan membuat kolam seperti beras, tepung dan pasir. Hebat tau adik-adik kita ni! 👏🏻
Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan (breakout room) dan diberikan masa selama 30 minit untuk menyiapkan kolam. Disebabkan semua peserta sangat bersemangat, Team MindAppz memberikan masa tambahan kepada semua peserta untuk menyelesaikan artwork mereka sebaiknya 👍🏻
Setiap kolam diadili berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Kolam mestilah berukuran 60cm x 60cm, dibuat di atas lantai, mempunyai logo MindAppz ditengah dan hanya dibuat oleh peserta dengan pemantauan ibu bapa sahaja 👫🏻
Selepas tamatnya pertandingan, 10 kolam terbaik telah disenaraikan. Walaupun pada mulanya kami hanya ingin memilih 5 terbaik, agak susah untuk Team MindAppz memilih 5 SAHAJA! Jadi, voting untuk memilih 3 pemenang daripada 10 kolam terbaik telah dilakukan di akaun Facebook MindAppz.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang like, share dan comment! 3 pemenang telah diumumkan pada 26 November lalu di akaun Facebook dan Instagram kami 🎉
Tempat pertama: Rashvina Thandapanni 🥇
Tempat kedua: Kavishaa Jagathisan 🥈
Tempat ketiga: Kavinisha Jagathisan 🥉
Tahniah daripada kami! Jangan lupa untuk claim hadiah dan sijil penyertaan anda 😉
Bulan Disember bakal tiba, kami akan adakan banyak lagi program dan aktiviti kepada anda! Bukan sahaja untuk para pelajar, tapi ada juga untuk ibu bapa tau!
Korang dah follow MindAppz dan E-Tuition di Facebook, Instagram dan Tiktok belum?
Follow sekarang sebab ada something akan kami umumkan Disember ini.
Stay tuned! ✨
Facebook MindAppz: @MindAppzOfficial
Facebook E-Tuition: @ETuitionOfficial
Instagram MindAppz: @mindappzmy
Instagram E-Tuition: @etuition_official
Tiktok MindAppz: @mindappz.tiktok
1 comentario