Hi semua! Apa khabar?👋🏼
Dalam program-program lepas yang dijalankan oleh MindAppz dan E-Tuition khusus kepada calon SPM dan PT3, kami menerima sambutan yang sangat padu dan memberangsangkan oleh adik-adik dan para peserta. Ramai yang mengajukan soalan dan bertanyakan pendapat kepada penceramah dan pakar motivasi jemputan. Kebanyakannya nak sangat tahu tentang perkara yang perlu dilakukan usai tamat sekolah menengah.
“Bidang apa yang ditawarkan di universiti”
“Apa yang patut saya lakukan kalau saya nak jadi doktor”
“Institusi apa yang perlu saya mohon”
Antara soalan-soalan yang kerap diutarakan 💭
Mengapa timbulnya persoalan begini? Pertama, pelajar tiada perancangan awal dalam mengenalpasti program pengajian yang ditawarkan. Kedua, pelajar tidak pasti dengan program pengajian yang ditawarkan kepada lepasan SPM. Ketiga, pelajar tidak tahu secara khusus, syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon sesuatu aliran atau program.
Di sini Team E-Tuition akan senarai pendekkan institusi atau aliran yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu adik-adik diluar sana yang masih buntu dan masih kurang jelas dengan destinasi selepas SPM. Let's check it out! 😉
1) Tingkatan 6
Team E-Tuition tahu, ramai yang beranggapan tingkatan 6 adalah last resort sekiranya tidak lepas dengan permohonan di IPTA dan IPTS. Bagi pelajar, mereka tidak mahu kembali ke sekolah dan ingin merasai kehidupan di universiti. Jangan salah faham, keputusan STPM juga layak diterima untuk kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti.
Subjek atau aliran yang ditawarkan di tingkatan 6 adalah Sains dan Sastera. Tingkatan 6 juga dianggap fast track untuk ke Ijazah Sarjana Muda. Subjek yang diajar adalah sukar dan sangat padat kerana program ini hanya 1 tahun setengah sahaja. Sekiranya anda seorang yang berani menyahut cabaran ataupun gemar mempelajarai ilmu sastera, inilah pilihan terbaik untuk anda.
2) Asasi
Asasi dianggap salah satu program yang popular juga di kalangan pelajar lepasan SPM. Antara institusi awam yang menawarkan program asasi ialah Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Program asasi memperkenalkan program asasi Sains, asasi undang-undang, asasi perubatan dan asasi TESL (Teaching English as Second Language). Pelajar asasi hanya perlu menghabiskan masa satu tahun sahaja dan boleh melangkah ke peringkat seterusnya iaitu ijazah sarjana muda.
3) Matrikulasi
Program matrikulasi juga merupakan salah satu pilihan bagi pelajar lepasan SPM. Terkenal dengan pembelajaran yang laju dan padat, program ini menawarkan aliran sains hayat, kejuruteraan dan perakaunan. Pelajar matrikulasi juga diberikan elaun bulanan. Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
4) Diploma
Pelajar yang memilih untuk menyambung diploma di universiti perlu menghabiskan masa 2.5 ke 3 tahun untuk menyempurnakan kursus mereka. Istimewanya diploma, bagi mereka yang berhasrat menyambung ke ijazah sarjana muda dengan kursus dan aliran yang sama akan dapat menjimatkan masa mereka di peringkat ijazah kelak. Pemilihan bidang di peringkat diploma adalah lebih spesifik dan sijil boleh digunakan untuk memohon kerja.
Selain daripada 4 program di atas, pelajar juga boleh memilih dan melakukan kajian terperinci mengenai Institut Perguruan (IPG), International Baccalaureate (IB), A-Level, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET ) seandainya anda berminat.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan nak Team E-Tuition melakukan perkongsian akademik di blog kami, komen sahaja di ruangan di bawah. Ataupun, anda boleh mesej kami di media sosial MindAppz dan E-Tuition!
Buat keputusan yang cermat dan bijak untuk masa depan anda! ✨
Facebook MindAppz: @MindAppzOfficial
Facebook E-Tuition: @ETuitionOfficial
Instagram MindAppz: @mindappzmy
Instagram E-Tuition: @etuition_official
Tiktok MindAppz: @mindappz.tiktok
https://www.blog.mindappz.com/post/next-level-destinasi-selepas-spm