top of page
kthinesh

LEARN THE SMART WAY, LEARN WITH E-TUITION



Hai semua! Tahu tak apa itu E-Tuition?


Bagi pelajar menguasai pelajaran dengan lebih mudah, MindAppz memperkenalkan E-Tuition sebagai alat bantuan mengajar yang padat dan menarik tanpa perlu ke pusat tuisyen. Segalanya tersedia kepada pelajar sekolah rendah SK dan SJKT serta pelajar sekolah menengah. Seramai lebih 25,000 orang pelajar di Malaysia sudah menggunakan E-Tuition, Platform Pembelajaran Online No.1 di Malaysia. WOW! 😱 Kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti PT3 dan SPM, jangan lepaskan peluang untuk menjadi pengguna E-Tuition! Tak lupa juga adik-adik yang bersekolah rendah walaupun UPSR dimansuhkan tak bermakna adik-adik tidak perlu mengulangkaji.

Pembelajaran yang Pelbagai

Direka untuk memenuhi setiap keperluan pelajar


MindAppz membawakan features hebat dalam E-Tuition antaranya video topikal, revisi lengkap dan nota padat, latih tubi interaktif, carta prestasi, sistem target dan Quizzer. Menarik kan??!

Kelas Online Live

Belajar live bersama guru-guru pakar dari seluruh Malaysia


Video topikal yang disediakan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman di Malaysia dapat memudahkan para pelajar untuk memahami sesuatu subjek. Dengan membawakan pembelajaran ke skrin alat peranti elektronik, mudah untuk pelajar mengulangkaji dan memfokuskan kepada topik tertentu. ELC atau E-Tuition Live Class juga diketengahkan untuk pelajar menyertai kelas secara virtual. Jangan risau! Sekiranya adik-adik terlepas mengikuti ELC, video boleh ditonton semula dalam Video On Demand. Menariknya E-Tuition, pelajar boleh menggunakan E-Tuition anytime, anywhere.

Revisi Lengkap Flipbook

Berkonsepkan peta minda, mudah dan menarik


Seterusnya, revisi lengkap dan nota padat. Adik-adik tidak perlu lagi menyelak buku teks yang tebal sebab E-Tuition menyediakan nota ringkas untuk rujukan pelajar dalam bentuk e-book. Ianya berkonsepkan peta minda yang sangat menarik. Semuanya menjadi lebih mudah dengan adanya nota ringkas dan pelajar boleh bookmark bahagian dan topik tertentu untuk rujukan semula.

Sangat Interaktif

Pemarkahan automatik, belajar secara instant


Selesai ulangkaji, adik-adik juga boleh menguji progress pembelajaran dengan menjawab latih tubi yang ada di E-Tuition. Instant marking dan penerangan kepada jawapan yang betul menyenangkan pelajar untuk menyemak. Lebih hebat lagi, pelajar boleh menggunakan sistem Quizzer untuk menjawab soalan bersama dengan pengguna E-Tuition seluruh Malaysia. Quizzer merupakan permainan berteraskan pembelajaran. Feature ini sangat sesuai untuk adik-adik yang sukakan cabaran! 💪🏻

Pemantauan Pencapaian

Laporan berstatistik terperinci, kedudukan ranking


Sistem target juga boleh menjadi benchmark kepada pengguna E-Tuition untuk mengetahui progress pembelajaran masing-masing. Pelajar boleh tetapkan target untuk ulangkaji yang dilakukan. Ibu bapa juga boleh menyemak prestasi anak-anak melalui analisa yang tersedia. Carta prestasi ini sama seperti report card di sekolah, jadi, ibu bapa dapat memantau aktiviti dan kemajuan akademik anak-anak.



Dengan menggunakan Free Trial, pelajar boleh mengakses E-Tuition tetapi terhad kepada features tertentu dan hanya boleh menyertai ELC Bahasa Melayu sahaja. Untuk mendapatkan akses yang lebih baik, E-Tuition Premium menawarkan harga sejumlah RM49 sebulan dan upgrade kepada E-Tuition Ultimate sejumlah RM99 sebulan dengan akses tanpa had. Berbaloi kan?! 😍

Untuk pengetahuan semua, E-Tuition juga telah menerima pengiktirafan “Best of E-Learning” MSC Malaysia Asia Pacific ICT Alliance Awards (APICTA)! 🤩👏🏻


Seronok belajar dengan E-Tuition!! Apa tunggu lagi? Jangan lupa ulangkaji bersama E-Tuition dan log masuk ke akaun anda sekarang. Sekiranya adik-adik masih lagi belum mendaftar E-Tuition, daftar sekarang sebelum terlambat! 😊



Jangan lupa ikuti MindAppz dan E-Tuition di Facebook, Instagram, Tiktok dan Blog untuk lebih banyak lagi update!

376 views0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


bottom of page