top of page

JOM BUAT HANDCRAFT BERSAMA E-TUITION


ree

Untuk pengetahuan semua, Team MindAppz dan E-Tuition bersiaran langsung pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat!


Nak tahu apa yang Team E-Tuition bawakan pada hari Jumaat? 🤩


Luangkan masa bersama Kak Wawa dan Kak Xiema untuk live Handcraft bersama E-Tuition 👩🏻‍🎨🎨


Adik-adik sukakan seni? Semua orang mesti rindu kelas seni di sekolah kan? Inilah masanya untuk menunjukkan kreativiti adik-adik bersama Team E-Tuition dan mengembangkan keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan asli!


Pelbagai handcraft menarik yang telah dihasilkan oleh Kak Wawa dan Kak Xiema antaranya Batu Seremban Batik Malaysia, Terrarium, Lipatan dan Guntingan, tabung, Sponge Teddy Bear serta Paper Butterfly! Lebih banyak lagi hasil seni yang akan team E-Tuition lakukan bersama adik-adik.


ree

Bersempena dengan Hari Kebangsaan pada September lepas, Team E-Tuition menghasilkan Batu Seremban Batik Malaysia 😍


ree

Kak Xiema posing bersama hasil seni Lipatan dan Guntingan


ree

Misi membuat layang-layang merdeka bersama Kak Wawa dan Kak Xiema sempena bulan Kemerdekaan


ree

Sponge Teddy Bear dihasilkan menggunakan bahan yang mudah didapati di rumah sahaja!


ree

Sentuhan kreatif oleh Kak Wawa dan Kak Xiema menghasilkan tabung daripada botol air


Sambil belajar, adik-adik perlu meluangkan masa untuk release tension dan berseronok dengan melakukan aktiviti-aktiviti menarik. Jangan stress stress and let’s have some fun! ✨


Jadi, jangan lupa saksikan live handcraft kami dan share live bersama rakan-rakan yang lain. Adik-adik juga boleh komen dan suggest art atau handcraft lain yang adik-adik ingin lakukan bersama Team E-Tuition!


Ikuti kami di Facebook, Instagram dan Youtube untuk dapatkan lebih banyak lagi info dan update menarik daripada Team E-Tuition! Sekiranya anda terlepas mengikuti live Handcraft bersama E-Tuition, lawati laman Facebook kami untuk tonton semula!


Facebook MindAppz: MindAppzOfficial

Facebook E-Tuition: ETuitionOfficial


Comments


MindAppz Headquarters

Unit 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Phone: +603-7954 9196

 

 

E-Mail: support@mindappz.com

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • YouTube

© Copyright 2022 mindappz.com All Rights Reserved

bottom of page